Okeh.. menggunakan paper yang kita dah shred tuh.. bersama quilling tools yang telah kita buat sendiri.. sekiranya kompius.. sila klik n3 ini dan ini ya..
caranya mudah saja.. masukkan hujung kertas pada celah tools yang kita dah buat tuh, kemudian gulungkan kertas mengikut arah lawan atau ikut jam dengan kemas dan rapat. satu hujung jari berada di bahagian hujung tools.. untuk memudahkan proses ini.
setelah selesai, terus gamkan bahagian hujung sekiranya anda inginkan patern kertas yang padat.. seperti yang sedang saya pegang..
sekiranya anda mahu patern yang lebih longgar, gunakan pembaris (ntah apa namanya..) yang ada lubang pelbagai saiz.. boleh cari di kedai stationary ya.. kat mph ker.. popular pon ada.. dapatkan saiz yang dikehendaki dan gamkan hujungnya..
ok.. dah jadi satu patern yang paling simple.. wat banyak².. menggunakan warna yang disukai...
No comments:
Post a Comment