Thursday, February 10, 2011

PAPER QUILLING - AN INTRODUCTION

Ok.. sebagai permulaan..

Paper quilling atau paper filigree atau kraf kertas kot dalam bahasa melayunya adalah satu bentuk kraf yang dihasilkan menggunakan kertas sebagai elemen utama. Untuk memberikan kesan terbaik, kertas daripada pelbagai warna dipotong secara memanjang (saiz biasa 3mm - 5mm). Kertas kemudiaanya akan digulung. Terdapat peralatan yang digunakan untuk menggulung dan seterusnya digam atas kertas atau kad atau boleh juga dicantumkan antara satu sama lain untuk menghasilkan corak atau objek yang menarik.

Secara asasnya, berikut adalah bahan yang saya gunakan:
*gambar dari blog peribadi saya
  1.  Kertas pelbagai warna
  2. Gam untuk kraf
  3. Gunting
  4. Pisau
  5. Lidi sate.. (hihi.. takde quilling tools jadi saya buat sendiri guna lidi sate..)
Gambar kanan tengah adalah contoh kertas yang telah dipotong. Saya tidak menggunakan pisau/cutter tetapi saya gunakan mini shredder. Kalau ada mesin shredder adalah sangat mudah untuk menghasilkan kraf kertas ini.

Gambar atas adalah kertas yang telah digulung.

Ok.. cukup untuk pengenalan. Wait till my n3..

Klik ler..